Alternatif

Ke arah ekonomi yang lebih adil dan stabil...

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal) Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver. Zero inflation in 1,400 years A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham. Public Dinar offers very competitive rates for purchasing gold Dinar.

Saturday, May 19, 2012

Kali ni kita berkongsi sedikit tentang jenis rantai emas.

RANTAI LEHER

Rantai Ketumbar Kristal 11.79 gramPanjang 22 inci
Rantai Ketumbar Kristal11.79 gramPanjang 22 inci

Rantai Ketumbar Kristal11.79 gramPanjang 22 inci

Rantai Gajah (Sauh)Emas 916 Berat 10.38 gram

Rantai Gajah (Sauh)Emas 916, Berat 10.38 gram

Rantai Gajah (Sauh)Emas 916 Berat 10.38 gram

Ni rantai mesin yang kecil2 dan murah sebab ringan sahaja.

Jenis: rantai melor/kikir corak berpasir


Jenis: rantai melor/kikir licin

Jenis: rantai kelisa
Jenis: rantai dunhill (kosong), sebelah bawahnya rata
Jenis: rantai pintal (padu), ada juga yang kosong sebelah dalamnya
Jenis: rantai mesin

Jenis: rantai melor/kikir corak berpasir

Jenis: rantai kelisa

Jenis: rantai dunhill (kosong), ada corak berpasir

Jenis: rantai pintal (padu)
Jenis: rantai gajah licin (padu & kosong sebelah dalamnya)
Jenis: rantai dunhill (kosong), ada juga yang padu sebelah dalamnya18.90gram
Jenis: rantai bola a.k.a bumi (corak pahat mesin)

Coker emas 916 gantung love Berat coker-coker love ni dalam range 7.20 gram hingga 7.8 gramdan

Coker emas 916 gantung loveBerat coker-coker love ni dalam range 7.20 gram hingga 7.8 gram
Coker emas 916 gantung loveBerat coker-coker love ni dalam range 7.20 gram hingga 7.8 gram
 
Kredit untuk http://emas2u-kedaiemas.blogspot.com/2010/03/rantai-leher_14.html

Friday, May 18, 2012

Harga Emas Setakat 19/5/2012

Live Spot Gold & Silver Price

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Daily Gold Chart

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-05-19_06:55:39)
 PG SellPG Buy
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)
10 gramRM 1,732.00RM 1,594.00
20 gramRM 3,433.00RM 3,227.00
50 gramRM 8,541.00RM 8,072.00
100 gramRM 17,003.00RM 16,153.00
250 gramRM 42,307.00RM 40,404.00
500 gramRM 84,615.00RM 80,807.00
 
1 DinarRM 704.00RM 661.00
2 DinarRM 1,407.00RM 1,323.00
5 DinarRM 3,502.00RM 3,310.00
10 DinarRM 6,974.00RM 6,625.00
 
i-Series 22K Jewellery
5 gramRM 805.00RM 725.00
10 gramRM 1,610.00RM 1,449.00
20 gramRM 3,220.00RM 2,898.00
50 gramRM 8,051.00RM 7,246.00
100 gramRM 16,102.00RM 14,491.00
 
D-Series 22K Jewellery
1 gramRM 165.00RM 135.30

Daily Silver Chart

Public Silver Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-05-19_06:55:39)
 PG SellPG Buy
100 gramRM 359.00RM 305.00
250 gramRM 894.00RM 769.00
500 gramRM 1,780.00RM 1,549.00
1 kilogramRM 3,546.00RM 3,121.00
 
10 DirhamRM 119.00RM 100.00
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)

Friday, February 24, 2012

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang dan strategik.


" Tak bestlah melabur emas ni. Sekejap naik sekejap turun. Dah berapa bulan tapi untung baru sikit. Ingat nak keluar melabur kat tempat lain". Demikianlah di antara rungutan beberapa orang rakan yang baru terlibat dalam pelaburan emas terutama emas fizikal. Walau apapun pandangan yang diberikan, sebenarnya ia kembali kepada tuan punya harta itu. Mereka boleh atau berhak menggunakannya dalam bentuk apa yang dia suka. Jika ingin disimpan kekallah ia dalam bentuk emas itu. Jika hendak digunakan dalam pelaburan lain atau dibelanjakan maka bolehlah dicairkan dalam bentuk wang ringgit. Tiada siapa berhak menghalang.
     Namun benarkah dakwaan itu? Jawapan kepada persoalan itu mungkin boleh dihuraikan seperti berikut :
1. Jika pembelian emas itu dianggap sebagai suatu pelaburan jangka pendek, maka ia mungkin berisiko tinggi berdasarkan beberapa sebab, antaranya emas bukanlah barangan kawalan maka harganya terdedah kepada turun naik mengikut permintaan  semasa yang kadangkala permintaan itu terjadi kerana beberapa faktor seperti faktor politik, inflasi, kenaikan minyak, peperangan, perayaan dan sebagainya. Walaupun ada pihak yang 'expert' dalam bidang ini mampu mengandaikan kenaikan dan penurunan harga emas berdasarkan aplikasi yang direka khas, namun perubahan iklim ekonomi dunia tiada siapa yang dapat mengagaknya dengan tepat bila berlakunya 'faktor-faktor' yang mempengaruhi harga emas itu.
2. Jika pelaburan emas dianggap pelaburan jangka panjang maka ia adalah jawapan terbaik bagi mereka yang melaburnya sebagai suatu simpanan masa depan atau sebagai penyimpan nilai wang ringgit hasil titik peluh kita. Lihatlah statistik kenaikan harga emas daripada Bank Negara Malaysia dari tahun ke tahun maka jawapannya terserlah di depan mata anda. Yang peliknya, mengapa pelaburan ASB, Public Mutual, Bank Rakyat, Dividen Tabung Haji dan lain-lain mereka boleh sabar menanti hingga diumumkan dividen dan bonus di awal tahun berikutnya sedangkan tidak untuk emas. Sebab, mereka yang baru terlibat dengan emas akan melihat turun naik emas hampir setiap hari sehingga mereka naik risau akan nilainya sedangkan mereka lupa bahawa emas adalah pengukur dan penyimpan nilai paling baik. Bandingkanlah nilai matawang dari tahun ke tahun. Tentu meraka akan dapati bahawa nilainya tidak seperti sebelumnya pada hampir semua barangan terutama makanan dan keperluan harian.
3. Jika mereka merupakan pelabur yang inginkan perolehan keuntungan yang banyak dan cepat maka teknik  di atas bukanlah yang sesuai. Mereka kena pelajari beberapa perkara seperti cara memaksimunkan keuntungan daripada nilai emas semasa. Mereka kena tahu masa yang sesuai membeli dan masa yang sesuai menjual emas. Bayangkan jika suatu ketika 1 dinar emas berharga RM 850. Selang beberapa minggu atau bulan ia menurun kepada RM 650. Maka apakah yang boleh dilakukan dengan RM 200 lebihan itu? Bayangkan jika anda mempunyai 10 keping dinar yang bernilai RM 8500, pada masa itu maka anda sudah ada RM2000 di tangan. Dan pada masa ia turun ke RM 650 anda boleh tambah 3 keping lagi dinar menjadikan anda mempunyai 13 keping dinar. Dan bayangkan pula apabila dinar naik semula kepada RM 850 atau lebih. Maka pada masa itu anda sudah mempunyai 13 dinar yang bernilai RM 11,050. Pelabur baru mesti jelas tentang perkara ini. Khidmat nasihat daripada penjual yang jujur sangat diperlukan. Kaedah beli-tunggu-jual-beli semula, penting untuk difahami. Kena sabarlah sikit.
4. Ada lagi kaedah lain bagi sesiapa nak jadi kaya raya iaitu berniagalah. Haha. carilah pelanggan anda untuk beli emas anda. Duit untung kumpullah buat beli emas lain. Lagi ramai pelanggan lagi banyaklah untung. Tambahlah dengan komisen dari syarikat emas tempat anda beli. Belajarlah juga masa memajak dan menebus yang sesuai untuk tambah modal. Kalau beli emas dan goyang kaki tunggu harga naik maka anda hanya melabur nilai emas sahaja. Ia tetap naik tetapi anda akan tension kerana ia memerlukan masa. Ini kerana anda adalah seorang mata duitan dan kurang sabar. :)
 Ingat , 9/10 kekayaan adalah daripada perniagaan.  Jadi kalau nak duit banyak, berniagalah brother, termasuklah berniaga emas!!!

Nota : Yang pasti, duit kertas tentulah lebih berisiko cepat 'habis' jika dibandingkan sekeping atau seketul bar emas, kan?

Friday, February 3, 2012

Harga emas dunia dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Wednesday, February 1, 2012

Silalah Bertanya Kepada Yang Berpengalaman dan Berpengetahuan Terlebih Dahulu Terutama Bila Waktu Sesuai Untuk Dibeli dan Bila Waktu Sesuai Untuk Dijual ...

Pelaburan Jongkong Emas Merugikan ?

January 30, 2012 by  

Semalam di berita Utusan Melayu disiarkan satu berita mengenai kekecewaan yang di alami oleh seorang pelabur emas.Berikut adalah luahan beliau berserta jawapan ringkas mengikut pengalaman saya ( bold ).

TSURI, Kajang, Selangor.

SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.
Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.

Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.
Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.
Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.
Jawapan : Kebanyakkan kedai emas tidak papar harga belian balik ( kebiasaanya susut nilai antara 20% – 30 % ) dan harga jarang dikemaskini.Ini kerana emas bukan barang kawalan.Nasihat saya sebelum menceburkan diri dalam pelaburan emas @ membeli emas , dapatkan info/ilmu yang tepat terlebih dahulu.Setakat hari ini , platform terbaik bagi pelaburan emas fizikal adalah bersama Public Gold.

Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.
Jawapan : Setiap peniaga / kedai emas boleh menetapkan harga mereka sendiri berpandukan harga emas semasa emas dunia ( harga emas dunia + kos + keuntungan ) . Harga semasa emas dunia boleh layari www.kitco.com 

Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.
Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.- Utusan Melayu

Kredit untuk Sabri Ahmad
Pemilik Emaskini Trading
http://www.emaskini.com


# Sebab tu, ilmu dan pengalaman perlu diutamakan sebelum mengambil tindakan.  Kita kena tanya diri kita mengapa membeli emas? Untuk menyimpan nilai lain caranya, untuk menyelesaikan hutang lain caranya, untuk menambah income lain caranya dan untuk kaya pun lain caranya.