Alternatif

Ke arah ekonomi yang lebih adil dan stabil...

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal) Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver. Zero inflation in 1,400 years A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham. Public Dinar offers very competitive rates for purchasing gold Dinar.

Friday, February 24, 2012

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang dan strategik.


" Tak bestlah melabur emas ni. Sekejap naik sekejap turun. Dah berapa bulan tapi untung baru sikit. Ingat nak keluar melabur kat tempat lain". Demikianlah di antara rungutan beberapa orang rakan yang baru terlibat dalam pelaburan emas terutama emas fizikal. Walau apapun pandangan yang diberikan, sebenarnya ia kembali kepada tuan punya harta itu. Mereka boleh atau berhak menggunakannya dalam bentuk apa yang dia suka. Jika ingin disimpan kekallah ia dalam bentuk emas itu. Jika hendak digunakan dalam pelaburan lain atau dibelanjakan maka bolehlah dicairkan dalam bentuk wang ringgit. Tiada siapa berhak menghalang.
     Namun benarkah dakwaan itu? Jawapan kepada persoalan itu mungkin boleh dihuraikan seperti berikut :
1. Jika pembelian emas itu dianggap sebagai suatu pelaburan jangka pendek, maka ia mungkin berisiko tinggi berdasarkan beberapa sebab, antaranya emas bukanlah barangan kawalan maka harganya terdedah kepada turun naik mengikut permintaan  semasa yang kadangkala permintaan itu terjadi kerana beberapa faktor seperti faktor politik, inflasi, kenaikan minyak, peperangan, perayaan dan sebagainya. Walaupun ada pihak yang 'expert' dalam bidang ini mampu mengandaikan kenaikan dan penurunan harga emas berdasarkan aplikasi yang direka khas, namun perubahan iklim ekonomi dunia tiada siapa yang dapat mengagaknya dengan tepat bila berlakunya 'faktor-faktor' yang mempengaruhi harga emas itu.
2. Jika pelaburan emas dianggap pelaburan jangka panjang maka ia adalah jawapan terbaik bagi mereka yang melaburnya sebagai suatu simpanan masa depan atau sebagai penyimpan nilai wang ringgit hasil titik peluh kita. Lihatlah statistik kenaikan harga emas daripada Bank Negara Malaysia dari tahun ke tahun maka jawapannya terserlah di depan mata anda. Yang peliknya, mengapa pelaburan ASB, Public Mutual, Bank Rakyat, Dividen Tabung Haji dan lain-lain mereka boleh sabar menanti hingga diumumkan dividen dan bonus di awal tahun berikutnya sedangkan tidak untuk emas. Sebab, mereka yang baru terlibat dengan emas akan melihat turun naik emas hampir setiap hari sehingga mereka naik risau akan nilainya sedangkan mereka lupa bahawa emas adalah pengukur dan penyimpan nilai paling baik. Bandingkanlah nilai matawang dari tahun ke tahun. Tentu meraka akan dapati bahawa nilainya tidak seperti sebelumnya pada hampir semua barangan terutama makanan dan keperluan harian.
3. Jika mereka merupakan pelabur yang inginkan perolehan keuntungan yang banyak dan cepat maka teknik  di atas bukanlah yang sesuai. Mereka kena pelajari beberapa perkara seperti cara memaksimunkan keuntungan daripada nilai emas semasa. Mereka kena tahu masa yang sesuai membeli dan masa yang sesuai menjual emas. Bayangkan jika suatu ketika 1 dinar emas berharga RM 850. Selang beberapa minggu atau bulan ia menurun kepada RM 650. Maka apakah yang boleh dilakukan dengan RM 200 lebihan itu? Bayangkan jika anda mempunyai 10 keping dinar yang bernilai RM 8500, pada masa itu maka anda sudah ada RM2000 di tangan. Dan pada masa ia turun ke RM 650 anda boleh tambah 3 keping lagi dinar menjadikan anda mempunyai 13 keping dinar. Dan bayangkan pula apabila dinar naik semula kepada RM 850 atau lebih. Maka pada masa itu anda sudah mempunyai 13 dinar yang bernilai RM 11,050. Pelabur baru mesti jelas tentang perkara ini. Khidmat nasihat daripada penjual yang jujur sangat diperlukan. Kaedah beli-tunggu-jual-beli semula, penting untuk difahami. Kena sabarlah sikit.
4. Ada lagi kaedah lain bagi sesiapa nak jadi kaya raya iaitu berniagalah. Haha. carilah pelanggan anda untuk beli emas anda. Duit untung kumpullah buat beli emas lain. Lagi ramai pelanggan lagi banyaklah untung. Tambahlah dengan komisen dari syarikat emas tempat anda beli. Belajarlah juga masa memajak dan menebus yang sesuai untuk tambah modal. Kalau beli emas dan goyang kaki tunggu harga naik maka anda hanya melabur nilai emas sahaja. Ia tetap naik tetapi anda akan tension kerana ia memerlukan masa. Ini kerana anda adalah seorang mata duitan dan kurang sabar. :)
 Ingat , 9/10 kekayaan adalah daripada perniagaan.  Jadi kalau nak duit banyak, berniagalah brother, termasuklah berniaga emas!!!

Nota : Yang pasti, duit kertas tentulah lebih berisiko cepat 'habis' jika dibandingkan sekeping atau seketul bar emas, kan?

No comments:

Post a Comment