Pagi tadi, sempat saya ke Pejabat Public Gold Taman Perling. Tujuannya ialah untuk ambil stok yang masih berbaki ekoran kehabisan stok suatu ketika dulu kerana sambutan yang di luar dugaan. Sementara di sana sempat berjumpa dengan rakan-rakan baru dalam urusniaga emas ini. Namanya Cikgu Nazrin dari sekolah menengah di Kulai. Hadir terlibat dengan urusniaga ketika itu isteri dan sepupunya yang difahamkan juga bekerja sebagai cikgu.
Sementara menungu proses pengambilan stok, saya dapat pengalaman menjual balik stok (untuk tunai) dengan Public Gold. Selama ni beli dari Public Gold dan jual kat orang je.Seperti biasa, 5% akan diambil dari harga semasa sebagaimana tercatat dalam blog pada colum "we buy". Manakala dealer pula akan diambil 3% sahaja dari harga semasa. Walaupun begitu, hasil dari 'jualan' itu sebenarnya saya telah untung hampir RM900 kerana semasa saya beli dua jongkong 20gram dan sedinar pada bulan 3/4 dulu harga baru RM 25** berbanding harga beli bar 20gram Public Gold sekarang RM 2981 (berubah setiap 20 minit) . Dari pengalaman ini saya harap pembeli emas jongkong dan dinar daripada saya tidak perlu risau lagi akan ke'sah'an dan ke'boleh'an pencairan emas fizikal mereka pada bila-bila masa. Begitu juga dengan pajak gadai. Sepanjang berurusan Ar-Rahnu Agro Bank, sebanyak 3 jongkong 20g yang saya pajak itu disahkan tulen 20g dan 24k bertepatan dengan 'certificate' yang disertakan sekali setiap kali pembelian dilakukan. Semua proses penjualan di Public Gold mahupun pajakan di mana-mana Ar-Rahnu akan dijalankan sedikit proses ujian ketulenan. Maklumlah, nilainya bukan seringgit dua.
Kebetulan semasa menunggu proses mendapatkan stok yang agak lambat (macam biasalah), sempat berjumpa Master Dealer Pendita Emas 999, En. Yatiman bin Kamsidin. Sepanjang perbualan dengan beliau dan En. Christ,orang kuat PG Taman Perling, difahamkan mulai tahun depan, untuk menjadi dealer belian mulai RM 100k bukan RM 20k seperti tahun ini dan untuk jadi master dealer mestilah mulai RM 1M ke atas bukan RM 300k seperti tahun ini.
Jadi kepada yang berminat mailah kita pakat simpan penat lelah usaha kita dengan pelaburan emas fizikal sebagai menghargai tulang empat kerat kita bekerja. Harapkan duit kertas, inflasi macam tiada kesudahan, apatah lagi harga minyak naik lagi ditambah dengan suntikan hampir USD 600 billion oleh Amerika Syarikat untuk meransang ekonomi negaranya.Sudah tentu harga barangan perindustrian, barangan perumahan, barangan dapur turut naik. Harga gula pun dah tambah 20 sen lagi..so, apa tunggu lagi?
Alternatif Baru Pelaburan, Penyimpanan Nilai, Medium Pertukaran Nilai. Ke Arah Ekonomi Yang Lebih Adil, Telus dan Sandaran Nilai Sebenar. - Urusniaga Emas dan Dinar Public Fine Gold dan Dinar Kelantan (Agent Sah Public Fine Gold di Bawah Jutawanemas (www.jutawanemas.com)
Ke arah ekonomi yang lebih adil dan stabil...
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)
Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.
Zero inflation in 1,400 years
A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.
Public Dinar offers very competitive rates for purchasing gold Dinar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebenarnya, jika anda terdesak nak pakai wang, lebih untung anda jual kepada mana-mana dealer atau master dealer. Dengan tawaran harga lebih rendah daripada harga pasaran, siapa tak nak?
ReplyDeletecatatan harian yang menarik, teruskan
ReplyDelete