Apakah hukum membeli emas (bar atau dinar) secara ansuran? Emas tersebut dapat dimiliki setelah membuat bayaran penuh berdasarkan harga awal pembelian. Untuk makluman, sebanyak 03% kos pengurusan dikenakan.
Contohnya, pada 26 Jan 2011, saya membeli emas seberat 250 gram pada harga RM37,000 dengan bayaran secara ansuran selama enam bulan. Setelah enam bulan iaitu apabila saya telah selesaikan bayaran sebanyak RM37,000, saya akan memiliki emas tersebut.
Jawapan: Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli emas secara ansuran dan hutang, khususnya apabila emas yang dibeli adalah dalam bentuk jongkong emas atau emas keping yang bukan jenis yang tetah dibentuk menjadi perhiasan.
Kesemua empat mazhab Islam yang utama mengharamkan pembelian dinar emas sama ada pembayarannya dibuat secara ansuran ataupun penghantarannya dibuat secara bertangguh seperti proses menempah dan kemudian pihak penjual menghantarkannya kepada pembeli apabila stok emas yang ditempah telah ada.
Kedua-dua cara di atas adalah haram dan dikira riba, bukan sahaja menurut empat mazhab malah ia juga pendapat para sahabat seperti Ibn Umar r.a., Ubadah bin Samit r.a. dan ramai lagi.
Ini dikukuhkan lagi oleh fatwa beberapa ulama kontemporari seperti Prof. Dr. Ali Muhydin Qurah al-Daghi, Prof. Dr. Ahmad al-Kurdi, Prof. Dr. Ali Salus, Prof. Dr. Mohd Said Ramadhan al-Buti dan ramal lagi. (Rujuk pandangan empat mazhab dalam al-Mabsut, jil. 14, him. 4; al-Bayan wa al-Tahsil, jil. 6, him. 444; al-Tamhid, jil. 2, hlm. 246; al-Um, jil. 2, hlm. 32; Takmilah al-Majmu` oleh alSubki, jil. 10, hlm. 83; Mughni al-Muhtaj, jil. 2, hlm. 25 dan al-Mughni oieh Ibn Qudamah, jil. 6, him. 60)
Oleh sebab itu, merujuk kepada soalan saudara, telah berlaku dua riba yang haram sekali gus dalam transaksi sebagaimana contoh yang saudara berikan di atas, termasuk satu lagi pengharaman yang lain. Ini disebabkan oleh:
1. Pembelian emas secara bayaran bertangguh, iaitu tidak dibayar secara tunai sepenuhnya ketika kontrak termeterai. Tatkala itu, berlakulah riba al-Nasiah.
2.Emas tidak diserahkan serta-merta setelah kontrak dimeterai, padahal Nabi s.a.w. telah mewajibkan serahan bayaran dan terima emas berlaku serentak dalam transaksi sebegini. Rujuk hadis sahih Muslim dan lain-lain. 3. Pengharaman juga berlaku kerana wujud unsur penangguhan dalam serahan barang jualan dan bayaran. Ini dikenali sebagai "menjual dengan bayaran hutang dan serahan juga hutang" atau istilah Arabnya ialah "bai al-dayn bi aldayn".
Ia telah diharamkan melalui hadis yang jelas. Ibn Umar ba. berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang menjual secara bayaran hutang dan serahan pula bertangguh."
Apa yang boleh dilakukan apabila transaksi tersebut telah tamat adalah dengan rnembetulkan kembali transaksinya dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Dengan hal ini, perlu diingatkan emas khususnya dalarn bentuk syiling emas dan jongkong emas tidak boleh sama sekali secara sepakat ulama untuk dibeli secara bertangguh ataupun pos yang mana serahan emas hanya akan berlaku melebihi tiga hari dari tarikh kontrak.
-USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Ya Allah.. saya baru buat transaksi beli emas dengan membayar harga emas dahulu dan beberapa hari kemudian baru dapat emas. Emas masih belum berada di tangan saya, Jadi apa yang perlu saya buat adakah dengan bincang kembali dgn dealler, berikan kembali jumlah wang yang sy berikan kemudian buat transaksi baru hand by hand spt disyariatkan islam? sgt buntu.. Mohon padaMu Ya Allah mangampunkan dosa kami ini...
ReplyDelete