Alternatif

Ke arah ekonomi yang lebih adil dan stabil...

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal) Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver. Zero inflation in 1,400 years A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham. Public Dinar offers very competitive rates for purchasing gold Dinar.

Wednesday, November 16, 2011

Ni Dia Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas Yang Sebenar. Lepas Ni Jangan Kata Ustaz tu Kata Boleh, Ustaz tu Kata tak Boleh ...


Parameter Pelaburan Emas

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
 
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
 
Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
 
Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
 
Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
 
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
 
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
 
Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
 
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
 
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
 
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
 
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
 
Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
 
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
 
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
 
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
 
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
 
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
 
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
 
Syarat Kedua: Secara Lani

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
 
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
 
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
 
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
 
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
 
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
 
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
 
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
 
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
 
Akad Dan Unsur Sampingan
 
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
 
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
 
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
 
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
 
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Kredit kepada Pendita Emas 999 kerana hightlight isu ni.

Sunday, October 16, 2011

Kewangan Islam Boleh Punah ...

October 28, 2010 by  
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Sektor kewangan Islam akan turut punah sebagaimana yang terjadi kepada sistem kewangan konvensional jika nilai etika, pemantauan kerajaan serta penumpuan terhadap membiayai perniagaan sebenar (real business) diabaikan.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, amalan dan produk-produk kewangan Islam juga perlu dipastikan benar-benar tulen dan tidak bercampur dengan perkara-perkara yang meragukan.
Tambah beliau, sistem kewangan Islam mula menjadi tumpuan apabila kemelesetan ekonomi global berlaku akibat kegagalan sistem kewangan konvensional.
“Sistem kewangan Islam mempunyai masa depan yang sangat cerah, tetapi kejayaannya tidak hanya bergantung kepada penghapusan riba sebaliknya lebih kepada nilai-nilai etika pengamalnya yang menolak untuk bertaruh dengan masa hadapan serta memanipulasi pasaran,” katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Forum Kewangan Islam Global di sini hari ini.
Menurut beliau, walaupun sistem perbankan Islam yang juga merupakan satu sistem bukan berasaskan riba masih belum disalahgunakan, tetapi itu bukan jaminan bahawa ia adalah kebal dan kalis krisis.
Justeru, beliau mencadangkan undang- undang dan pengawasan sewajarnya dilaksanakan oleh pihak berkuasa sesuatu negara bagi memastikan sistem tersebut tidak disalahgunakan.
“Sistem perbankan Islam terus tumbuh kerana ramai orang Islam yang kaya-raya, dan ia akan menjadi satu alternatif terbaik kepada sistem perbankan sedia ada.
“Sudah terlalu lama orang Islam menerima perbankan konvensional kerana tiada pilihan ,” jelasnya.
Beliau turut menggalakkan lebih ramai Muslim terutama yang kaya untuk melabur di dalam sistem kewangan Islam berbanding sistem kewangan berasaskan riba bagi memastikan ia terus berkembang dan menjadi pilihan termasuk orang bukan Islam.
“Melabur di dalam bank sama seperti memberi pinjaman kewangan, apabila wang telah diserahkan, seseorang itu tidak lagi mempunyai kawalan ke atas wangnya.
“Kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh bank terhadap wang dan faedah yang dikenakan, ia mungkin digunakan untuk membiayai peperangan atau memusnahkan negara-negara Islam, ” ujar beliau lagi.
Walaupun tidak mengenakan sebarang kadar faedah, tidak semestinya sistem kewangan Islam adalah satu sistem yang tidak menguntungkan.
Jelas bekas perdana menteri yang juga bekas menteri kewangan, keuntungan yang dijana oleh sistem kewangan Islam haruslah dipastikan sumbernya dan tidak ‘mencekik darah’ sebagaimana yang dilakukan oleh bank-bank konvensional.
Ia juga seharusnya hanya membiayai perniagaan yang halal dan tidak mempunyai unsur-unsur pertaruhan terhadap kemungkinan masa depan.
“Kita tahu pelaburan di pasaran saham boleh menjadi salah satu landasan untuk perjudian, ” katanya. –

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN , bisnes@utusan.com.my.

Saturday, August 20, 2011

Bantulah ahli keluarga anda menabung dengan cara yang betul.

Kali ini saya berkongsi ilmu tentang menabung duit. Pada bulan 4 yang lepas, saya telah diminta oleh ibu saya untuk menguruskan akaun Bank Islam adik saya. Adik saya beria ria untuk pakai duit tu untuk belanja. Kita sendiri maklum apa akan jadi sekiranya duit berjumlah RM 1500 'jatuh' ke tangan budak berusia 14 tahun. Apa yang saya buat ialah, saya telah menukarkan status akaun kepada namanya. Dan saya telah tinggalkan baki RM 100 dalam akaunnya. Dia nak buat kad bank tetapi pihak bank tidak membenarkan budak berusia demikian mempunyai kad bank. Tak apalah. Saya berikan dia buku bank itu untuk simpanan sendiri. Mana tahu jika ada hal mustahak dia boleh belajar belajar keluar duit sendiri. Itupun jika ada hal mustahak, sebab duit belanja menang cukup setiap bulan semasa dia di asrama. Saya lihat wang adik saya di dalam akaun tu berjumlah RM 1500 bermakna kenaikannya di bank Islam sebanyak RM 100 sepanjang Satu tahun setengah tidak update. Saya minta izin dia untuk pegang duitnya yang baki RM 1400. Dan alhamdulillah, dia setuju. Saya beli 2 keping Dinar Public Gold dengan harga masa tu RM 693 sekeping. Sekarang ( masa artikel ini ditulis ) harganya ialah RM 804 sekeping. Jadi dua keping dinar berjumlah RM 1608. Sudah dapat untung RM 200. Kenaikan itu baru sahaja 4 atau 5 bulan jauh lebih baik daripada akaun bank sebelum.ini. Satu lagi, duit tersebut lebih selamat sebab adik saya tahu ia bukan lagi duit kertas yang boleh dibelanja bila bila masa. Ia adalah barang untuk disimpan dan menyimpan nilai yang ada. Bayangkan jika duit berjumlah RM 1500 itu jika berada 10 tahun atau lebih di bank? Ia mungkin selamat namun nilainya tidak seperti 10 tahun dulu. Harga barangan sudah berbeza. Yuran pengajian dan alattulis pun berbeza sedang duit itu jumlahnya begitu juga. Jadi bantulah ahli keluarga kita dengan cara ini walaupun kita tidak mampu membantunya dengan memberikan sejumlah wang yang boleh dilihat depan mata. Idea yang bernas jauh lebih berharga daripada nilai mata benda. Sekian. Selamat menolong.

Sunday, August 7, 2011

Krisis ekonomi global dorong pelabur pilih emas

Krisis ekonomi global dorong pelabur pilih emas



2011/08/08
ISU ketidakseimbangan global sering di kaitkan dengan kedudukan defisit akaun semasa Amerika Syarikat (AS) serta pelarasan yang seharusnya berlaku terhadap kadar tukaran wang asing global khususnya bagi negara Asia.

Kebimbangan ini berdasarkan risiko terhadap aliran modal masuk yang selama ini menjadi tonggak kepada imbangan pembayaran AS.
Jika berlaku pengeluaran aliran modal secara besar-besaran, maka ia akan memberi kemudaratan kepada ekonomi AS, sekali gus kepada ekonomi dunia.
Terdapat kajian akademik yang mencadangkan supaya pelarasan ini perlu berlaku melalui penyusutan nilai mata wang asing AS, diikuti peningkatan nilai mata wang negara lain khususnya Asia.

Ia berdasarkan fakta bahawa kebanyakan negara Asia mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi berikutan nilai eksportnya yang sentiasa melebihi import.

Justeru, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mata wang Asia khususnya China supaya nilainya dinaikkan ke paras lebih sesuai.

Padahal, kebanyakan negara barat seperti AS, Greece dan Portugal mempunyai pegangan emas yang tinggi, sekali gus menandakan nilai sokongan terhadap mata wang ini adalah kukuh memandangkan ia bersandarkan kepada satu nilai yang tinggi.
Perangkaan terbaru di keluarkan World Gold Council (WGC) menunjukkan peratusan pegangan emas terhadap rizab antarabangsa bagi negara seperti Portugal, Greece dan AS masing-masing adalah 81.0 peratus, 79.3 peratus dan 74.6 peratus pada suku pertama 2011.

Situasi ini amat berbeza jika di bandingkan dengan negara Asia yang mana pegangan emasnya adalah jauh lebih rendah, iaitu sekitar 0.0 peratus hingga 8.4 peratus.

Persoalannya, adakah ketidakseimbangan global hanya perlu di selesaikan melalui pelarasan dalam kadar tukaran asing semata-mata?

Perlukah bank pusat Asia mula meningkatkan pegangan emasnya bagi memastikan mata wang masing-masing sentiasa di sokong oleh satu nilai yang kukuh?

Bagi persoalan pertama, sudah tentu pelarasan mata wang bukan jalan penyelesaian mutlak. Perubahan struktur ekonomi di AS juga perlu berlaku seperti peningkatan kadar tabungan serta nilai eksport bagi memperbaiki ketidakseimbangan global ini.

Pastinya, proses itu akan mengambil masa panjang memandangkan saiz perbelanjaan swasta AS yang besar, iaitu sekitar 70 peratus sejak 1929.

Bagi persoalan kedua pula, usaha untuk meningkatkan pegangan emas oleh bank pusat di Asia perlu di lihat sebagai langkah bijak berikutan pelaburan dalam sekuriti hutang seperti bil perbendaharaan AS tidak stabil.

Perkara itu penting kerana setiap wang yang diterbitkan bank pusat adalah liabiliti yang di sandarkan kepada nilai asetnya.

Jika aset itu tidak mempunyai nilai stabil, maka sokongan atau sandaran wang yang di keluarkan juga adalah lemah.

Umum mengetahui, harga emas mencatatkan nilai tertinggi pada paras AS$1,600 seauns baru-baru ini.

Terdapat beberapa faktor penyumbang terhadap kenaikan harga emas seperti inflasi yang tinggi serta ketidakpastian ekonomi global seperti krisis hutang negara Eropah yang mampu menggugat pertumbuhan ekonomi dunia.

Faktor seperti permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam penentuan harga emas.

Pada 2010, permintaan emas mencatatkan pertumbuhan 9.8 peratus berbanding pertumbuhan penawaran emas iaitu 1.8 peratus.

Kebanyakan permintaan emas ini adalah bagi tujuan barang kemas yang mewakili 51 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan.

Selebihnya, adalah untuk pelaburan iaitu 37 peratus dan penggunaan industri dan pergigian yang mewakili 12 peratus daripada keseluruhan permintaan.

Justeru, prospek bagi harga emas adalah baik memandangkan permintaannya yang tinggi serta kedudukannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidakpastian dalam suasana pelaburan dunia.

Berdasarkan ini, dolar AS masih di anggap mempunyai nilai sandaran yang baik memandangkan pegangan emas bank pusat adalah tinggi.

Justeru, andaian bahawa penurunan nilai dolar AS seperti yang di sarankan oleh pihak tertentu, mungkin tidak akan berlaku secara mendadak.

Di samping itu, bank pusat Asia mungkin perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan pegangan emas memandangkan ketidaktentuan pasaran serta kitaran perniagaan yang semakin pendek akan menjejaskan nilai pegangan sekuriti hutang kerajaan negara maju.

Penulis ialah Penganalisis Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Krisisekonomiglobaldorongpelaburpilihemas/Article

Friday, July 8, 2011

Bersediakah kita untuk kenaikan seterusnya di fasa baru?

Harga emas RM202.57 segram
Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/07/08


Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

Saturday, June 11, 2011

HENDAKLAH BERBELANJA AKAN KEKAYAANNYA BAGI MEREKA YANG TELAH SAMPAI KEPADA ALLAH S.W.T DAN MENURUT KADAR KEMAMPUANNYA BAGI YANG SEDANG BERJALAN KEPADA ALLAH S.W.T.

Harta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan harta untuk menanggung keperluan hidupnya, bahkan ibadat-ibadat seperti haji dan zakat perlu dilakukan dengan menggunakan harta. Sedekah juga memerlukan harta. Membuat kebajikan seperti mendirikan masjid, hospital, sekolah dan lain-lain juga memerlukan harta. Oleh kerana besarnya peranan harta kepada kehidupan manusia, maka kebanyakan daripada aktiviti manusia berkisar pada soal harta atau ekonomi. Pendidikan dan kemahiran disalurkan ke arah ekonomi. Kejayaan atau kegagalan dinilai melalui faktor ekonomi. Perhatian manusia sentiasa tertuju kepada soal ekonomi atau harta dalam membuat sesuatu keputusan.

Apabila harta sudah bertapak dalam jiwa seseorang manusia akan menjual maruah dirinya kerana harta. Orang miskin sanggup diperkudakan oleh orang kaya kerana harta. Orang kaya sanggup melakukan rasuah dan penganiayaan kerana harta. Harta menjadi raja menguasai jiwa raga manusia. Segala sesuatu dinilai dengan harta. Persahabatan harus dibeli dengan harta. Kesetiaan juga perlu dibayar dengan harta.

Hikmat di atas menarik perhatian orang yang sedang berjalan pada jalan kerohanian agar memerhatikan hatinya, bagaimanakah hubungan hatinya dengan harta. Ia menyatakan bahawa orang yang telah sampai kepada Allah s.w.t dan memperolehi makrifat-Nya tidak seharusnya menyimpan harta, hendaklah dia membelanjakan ke jalan Allah s.w.t dan yakin dengan janji Allah s.w.t tentang rezekinya. Orang yang masih dalam perjalanan pula hendaklah membelanjakan ke jalan Allah s.w.t menurut kesanggupannya. Sejarah banyak menceritakan tentang sikap hamba-hamba pilihan Allah s.w.t terhadap harta.

Saidina Abu Bakar as-Siddik r.a menyumbangkan kesemua hartanya untuk jihad fi-sabilillah, tidak ada satu dirham pun disimpannya. Bila Rasulullah s.a.w bertanyakan kepadanya mengapakah tidak ditinggalkan sedikit buat menguruskan keperluannya, beliau r.a menjawab, “Cukuplah Allah dan Rasulullah bagiku”.

Abdul Rahman bin Auf yang terkenal dengan kekayaannya, mencari harta bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kegunaan menyebarkan agama Allah s.w.t. Salman al-Farisi ketika memegang jawatan amir, tidak mengambil gajinya, sebaliknya beliau menganyam daun kurma untuk dijadikan bakul dan tikar. Hasil anyamannya dijualnya dan apa yang diperolehinya dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian sebagai modal pusingan, satu bahagian buat belanja ahli rumahnya dan satu bahagian lagi disedekahkan kepada golongan miskin.

Imam as-Syafi’e r.a sekembalinya ke Makkah dari Yaman telah dihadiahkan puluhan ribu wang emas. Sebelum memasuki kota Makkah beliau telah mendirikan sebuah khemah di luar kota. Dikumpulkan golongan fakir dan miskin dan disedekahkan kesemua wang yang diterimanya sebagai hadiah itu. Setelah kesemua wang itu habis disedekahkan baharulah beliau masuk ke kota Makkah.

Rabiatul Adawiah hanya menyimpan sehelai tikar yang usang sebagai sejadah dan sebiji kendi buat mengisi air untuk wuduknya. Beliau tidak menyimpan makanan untuk petangnya. Banyak lagi kisah aulia Allah s.w.t yang menggambarkan bahawa tidak sebesar zarah pun hati mereka terikat dengan harta. Mereka melihat pengidupan dunia ini hanyalah persinggahan sebentar, tidak perlu mengambil bekalan.

Bagi orang yang masih dalam perjuangan dan belum lagi sampai kepada Allah s.w.t, mereka tidak sanggup berbuat sebagaimana yang dilakukan oleh aulia Allah s.w.t. Sungguhpun begitu jika dibiarkan harta melekat pada hati akan membahayakan hati itu sendiri. Oleh itu biasakanlah berpisah daripada harta yang disayangi agar rohani akan menjadi lebih kuat dalam perjalanan menuju Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. ( Ayat 7 : Surah at-Talaaq )

Oleh kerana bidang ekonomi merupakan salah satu fardu kifayah yang perlu diuruskan demi kesejahteraan dan kekuatan kaum muslimin, maka Allah s.w.t memilih dari kalangan kaum muslimin orang-orang tertentu yang dipermudahkan bagi mereka mengembangkan ekonomi mereka. Allah s.w.t bukakan bagi mereka pintu-pintu rezeki. Allah s.w.t kurniakan kepada mereka rezeki yang melimpah-ruah. Mereka seolah-olah berada dalam keadaan menadah bekas dan rezeki dicurahkan ke dalam bekas mereka.

Orang yang menyedari harta kekayaannya adalah kurniaan Allah s.w.t, maka harta kekayaan itu menjadi ujian baginya. Orang yang tidak menyedarinya pula, maka harta kekayaan itu menjadi alat istidraj yang akan menghempapnya kelak. Baik ujian mahu pun istidraj, orang yang memikul harta sebenarnya memikul beban yang sangat berat. Golongan yang menghadapi hisab yang paling halus di akhirat kelak adalah mereka yang di dunia memikul harta.

Walaupun memikul harta merupakan beban yang berat tetapi sebahagian kaum muslimin perlu mengambil tugas tersebut sebagaimana sebahagian kaum muslimin yang mengambil bidang jihad fi-sabilillah dan mati syahid di medan perang. Dari kalangan nabi-nabi juga ada yang memikul tugas yang berhubung dengan harta, misalnya Nabi Yusuf a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Daud a.s. Al-Quran menceritakan tentang Nabi Yusuf a.s:
Dia (Yusuf) berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); kerana sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. ( Ayat 55 : Surah Yusuf )

Nabi Yusuf a.s mengetahui sifat dirinya dan kebolehan yang ada dengannya. Beliau a.s telah menjalani kehidupan yang membuatkan harta tidak sedikit pun menguasai hatinya. Beliau a.s juga mengetahui kebolehan menguruskan harta yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Demi kebaikan orang ramai Nabi Yusuf a.s menawarkan dirinya kepada raja untuk memegang jawatan pengurus harta kekayaan kerajaan Mesir. Raja bersetuju dengan permintaan Nabi Yusuf a.s itu dan beliau a.s membuktikan kewibawaan dan kebijaksanaan beliau a.s dalam bidang tersebut.

Nabi Sulaiman a.s juga menguruskan kekayaan dan kekuasaan. Beliau a.s mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Allah s.w.t memanggil hamba-Nya, Sulaiman a.s, sebagai sebaik-baik hamba. Nabi Yusuf a.s dan Nabi Sulaiman a.s menguruskan kekayaan dan kekuasaan atas dasar kehambaan kepada Allah s.w.t.
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman; ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat). ( Ayat 30 : Surah Saad )

Nabi Sulaiman a.s bermohon kepada Allah s.w.t agar dikurniakan kepada beliau a.s kerajaan yang besar. Kedua-dua mereka, Nabi Yusuf a.s dan Nabi Sulaiman a.s, meminta untuk menguruskan bidang berkenaan. Ternyata bahawa orang yang boleh menguruskan dengan adil bidang berkenaan adalah orang yang benar-benar mengenali dirinya, mempunyai keyakinan yang teguh, hati yang bulat dan sifat kehambaan yang sebenar-benarnya kepada Allah s.w.t.
Dia (Sulaiman) berkata: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah Kurnia-Nya”. ( Ayat 35 : Surah Saad )

Sesiapa yang ditakdirkan menguruskan bidang kekayaan dan kekuasaan perlulah menjalankan amanah Allah s.w.t itu atas dasar kehambaan kepada-Nya dengan sebaik mungkin.

Wednesday, June 8, 2011

Kebangkitan semula inflasi harga makanan dan bahan bakar serta bencana alam

Harga makanan jadi ancaman


Di sebalik angka-angka pertumbuhan ekonomi yang cerah, rantau Asia dan Pasifik berdepan dengan cabaran harga makanan yang tinggi, sekali gus memerlukan langkah dasar-dasar segera diperkenalkan untuk menyederhanakan kesan ke atas golongan yang miskin. - AFP


KUALA LUMPUR 7 Jun - Asia dan Pasifik, lebih daripada mana-mana rantau di dunia ini, akan mengalami transformasi dan perubahan yang hebat dalam tahun-tahun mendatang kerana kekuatan ekonomi rantau ini memainkan peranan besar dalam ekonomi global, demikian menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN ESCAP) untuk Asia dan Pasifik.
Menurut laporan "Kaji Selidik Ekonomi dan Sosial UN ESCAP Asia dan Pasifik 2011" yang dikeluarkan baru-baru ini, Asia Pasifik kekal setakat ini sebagai rantau pertumbuhan paling dinamik di dunia.
"Kadar pertumbuhannya tahun ini ialah hampir satu dan setengah kali lebih berbanding mana-mana rantau lain. Sementara rantau ini diterajui oleh ekonomi membangun yang besar seperti China dan India, yang pertumbuhan masing-masing 9.5 peratus dan 8.7 peratus, pertumbuhan dalam 2011 begitu meluas melebihi lima peratus keseluruhan sub-rantau Asia Pasifik," tambahnya.
UN ESCAP dalam laporannya berkata, rantau Asia Pasifik pulih secara kukuh pada 2010 daripada krisis kewangan global dan kemelesetan 2008-2009 dengan ekonomi membangun rantau ini berkembang 8.8 peratus.
"Pada tahun 2011, pertumbuhan dalam ekonomi membangun rantau ini diunjurkan berada pada 7.3 peratus," tambahnya.
Laporan itu juga berkata, walaupun angka-angka pertumbuhan ekonomi begitu cerah dan menjanjikan, Asia Pasifik masih lagi rapuh kepada risiko ketidaktentuan aliran modal jangka pendek dan kebangkitan semula inflasi harga makanan dan bahan bakar serta bencana alam seperti bencana tragik 11 Mac di Jepun.
"Harga makanan yang tinggi juga mempunyai kesan langsung kepada mereka yang miskin di rantau ini sementara harga minyak yang tinggi akan mengurangkan secara signifikan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Laporan itu turut mencadangkan negara-negara di rantau ini mengambil langkah-langkah dasar segera untuk menyederhanakan kesan ke atas kenaikan harga makanan dan bahan bakar. - Bernama

Sunday, April 17, 2011

Ingin Simpan Emas Secara Halal?


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
 
goldsaving.jpg

 
Bagi peminat fizikal emas yang berhasrat membuat simpanan masa hadapan di dalam bentuk fizikal emas secara halal, Alhamadulillah kali ini mereka telah mempunyai jalan. Sebuah bank Islam dengan jayanya telah berjaya melancarkan Akaun simpanan dan pelaburan emas mereka yang telah juga disahkan dari sudut kontrak dan operasinya mematuhi hukum Shariah.

Akaun ini sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu, perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah sebegitu bermasalah seperti matawang kertas.
Kalau sebelum ini, mereka yang mengambil berat akan hukum Shariah, berada di dalam dilemma kerana hanya mempunyai pilihan akaun emas yang di punyai oleh Public Bank dan Maybank, yang mana kedua-duanya di bawah pengurusan konvensional tanpa kelulusan mana-mana majlis Shariah. Selain dari kedua-dua itu, hampir semua akaun dan pelaburan emas yang lain hanya dilaksanakan oleh syarikat persendirian yang sebahagiannya tidak dapat dipastikan tahap keselamatan dan kesahihan syarikat terbabit.
Saya telah menulis berkenaan akaun emas Public Bank & Maybank di sini .
Namun kali ini, saya kira, perbankan Islam di Malaysia melalui Kuwait Finance House telah dengan jayanya mengubat kekosongan tersebut. Melalui akaun terbabit, pelanggan boleh membeli emas fizikal, dan boleh menyimpan atau terus mengambil sendiri fizikal emas.
 
kfhgold_new.jpg
GAMBAR : Emas yang digunakan oleh KFH untuk akaun ini

Perlu diingat, segala pertimbangan dan kira-kira untung rugi perlulah dikaji dan diambil kira sebelum membuka akaun ini. Tulisan saya hanyalah mencadangkan akaun apabila DI LIHAT DARI SUDUT HUKUM SHARIAH sahaja dan bukan dari sudut kebolehuntungan dan pertimbangan kira-kira kewangan, kerana di Malaysia, sebarang nasihat dalam hal kebolehuntungan produk kewangan dan sepertinya memerlukan individu terbabit mempunyai lesen khas perunding kewangan.
Berikut adalah perbezaanntya dengan Akaun Emas Maybank dan Public Bank
No
Item
Maybank
Public Bank
KFHMB
1
Concept
Conventional
Conventional
Ba'i As-Sarf  & Qardh
2
Initial purchase
5 gms
20 gms
10 gms
3
Min. balance
1 gm
2 gms
2 gms
4
Physical gold withdrawal
10,20 and 50gms
NA
1,5,10 and 50gms
5
Documents
Passbook
Passbook
Statement
6
Fees & Charges
Conversion charge on physical gold withdrawal
Annual fee RM10 - year end bal. below 10gms
 NA
 
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
12 Mei 2010
 
Berikut adalah info lanjut berkenaan AKAUN EMAS oleh Kuwait Finance House Malaysia Berhad.
 
Product Features and Benefits
What is the Shariah Concept used?
The Shariah concept used are Ba'i As-Sarf and Qardh Hasan. Ba'i As-Sarf refers to the exchange ot one monetary form for another in the same or different form i.e. gold for gold coins, silver for silver, silver for gold etc. Qardh refers to benevolent loan whereby the Bank as the borrower only required to repay the principal borrowed
  1. Own and trade in Gold without the necessity to hold on to the physical commodity
    Make the most of commodity price fluctuations with the peace of mind that you have the option to not hold on to the physical commodity.
  2. Ease of purchase
    Deposit or purchase can be arranged via a direct debit transaction from your KFH Savings Account-i or KFH Current Account-i.
  3. Affordable initial deposit
    Open an account with an initial deposit or purchase of 10 grams of Gold.
  4. Withdrawal or sell at the Bank's purchase price of gold
    The amount of withdrawal is equivalent to the amount of gold sold based on the Bank's buying price for gold.
  5. Physical gold withdrawal can be made in the following denominations : 1,5,10 and 50 grams
 
Eligibility
  • Personal Account holders must be 18 years, or above.
  • Non-personal account holders such as companies, associations, clubs, societies, professionals and government agencies.
  • Minimum deposit:
    • Personal Account Holders
      Initial deposit, or purchase of 10 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)
    • Non- Personal Account Holders
      Initial deposit, or purchase of 50 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)
 
1.
What is KFH Gold Account-i ?
KFH Gold Account-i is an account that allows customers to invest in gold in a convenient, secure and cheaper way without having to keep the gold  physically and can start investing from as low as 10 grams of gold.
2.
What is the Shariah Concept used?
The Shariah concept used are Ba'i As-Sarf and Qardh Hasan. Ba'i As-Sarf refers to the exchange ot one monetary form for another in the same or different form i.e. gold for gold coins, silver for silver, silver for gold etc. Qardh refers to benevolent loan whereby the Bank as the borrower only required to repay the principal borrowed.
3.
How can I withdraw from my Gold Account ?
You can always sell (make withdrawal) your gold at the domicile branch based on the Bank's daily purchasing price.
4.
How can I benefit from Gold Account ?
The gold invested in this scheme will be subjected to the movement of gold price in the gold market. Therefore you may sell your gold when there is an increase in price, higher than your purchase price and the difference will be your profit.
5.
Can I deposit the physical gold into my Gold Account ?
No, you can only purchase the gold (deposit into gold account) by debit from your current or savings account with KFHMB.
6.
Will there be a statement to be sent to me ?
Yes, a quarterly statement will be sent to the customer and a transaction slip will be issued for every purchase or sale of gold.
7.
Can I close my account at anytime ?
Yes, you may close your account at any time.
8.
Can I make a withdrawal through ATM ?
No, you can only withdraw (sell the gold) over the counter at the domicile branch.
9.
What are the main advantages ?
The main advantages would be :
- Convenience, secured and cheaper
- Customer can invest in small amounts at a time i.e. minimum of 10 grams (for individual)
- Opportunity for capital gain if the gold price appreciates
- Invest in gold without having to keep the physical gold.
10.
Is there a minimum hold balance required?
Yes, the minimum holding is 2 grams.
11.
When is the right time to purchase gold ?
The right time would be when the gold price is considered low based on the fluctuation of the gold price trend. However, customers are to make their own final decision.

Sunday, April 10, 2011

Kadar inflasi di Malaysia membimbangkan


HARAKAH DAILY
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.
Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.
Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.
"Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.
Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.
Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.
Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.
Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

kredit untuk pendita emas  http://penditaemas999.blogspot.com/2011/04/kadar-inflasi-di-malaysia-membimbangkan.html

Sunday, March 20, 2011

Cukup Dahsyat Tapi Sudah Sedarkah?

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik."
Namun, setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti dengan segera mengebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini.
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )
Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya.
Cuba kita sama-sama petikan penutup ayat di atas
وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya
Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-
ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة
Ertinya : Lafaz "barangsiapa mengulangi" ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras" (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328)
Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36 )
Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-
1) Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.
2) Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.
3) Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w
4) Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.
5) Peningkatan darjat di syurga agar mendapat tahap syurga yang lebih baik.
Sedarkah ?!
Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.
Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.
Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghurauikan maksud ‘orang yang kembali' dalam ayat di atas sebagai :-
فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً
Ertinya : erti ayat "barangsiapa yang kembali" (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. ( Tafsir Al-Kabir, 7/82)
Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit la, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.
Itu pun jika ingin selamat diakhirat, jika tidak..tunggulah bila waktunya tiba.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
20 April 2008

kredit untuk http://hukum-emas.blogspot.com/ 

Sunday, March 6, 2011

Yang lepas tu lepaslah, Dinar dah Islamik, Cara pun mestilah Islamik.


 Apakah hukum membeli emas (bar atau dinar) secara ansuran? Emas tersebut dapat dimiliki setelah membuat bayaran penuh berdasarkan harga awal pembelian. Untuk makluman, sebanyak 03% kos pengurusan dikenakan.
Contohnya, pada 26 Jan 2011, saya membeli emas seberat 250 gram pada harga RM37,000 dengan bayaran secara ansuran selama enam bulan. Setelah enam bulan iaitu apabila saya telah selesaikan bayaran sebanyak RM37,000, saya akan memiliki emas tersebut.
Jawapan: Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli emas secara ansuran dan hutang, khususnya apabila emas yang dibeli adalah dalam bentuk jongkong emas atau emas keping yang bukan jenis yang tetah dibentuk menjadi perhiasan.
Kesemua empat mazhab Islam yang utama mengharamkan pembelian dinar emas sama ada pembayarannya dibuat secara ansuran ataupun penghantarannya dibuat secara ber­tangguh seperti proses menempah dan kemu­dian pihak penjual menghantarkannya kepada pembeli apabila stok emas yang ditempah telah ada.
Kedua-dua cara di atas adalah haram dan dikira riba, bukan sahaja menurut empat mazhab malah ia juga pendapat para sahabat seperti Ibn Umar r.a., Ubadah bin Samit r.a. dan ramai lagi.
Ini dikukuhkan lagi oleh fatwa beberapa ulama kontemporari seperti Prof. Dr. Ali Muhydin Qurah al-Daghi, Prof. Dr. Ahmad al-Kurdi, Prof. Dr. Ali Salus, Prof. Dr. Mohd Said Ramadhan al-Buti dan ramal lagi. (Rujuk pandangan empat mazhab dalam al-Mabsut, jil. 14, him. 4; al-Bayan wa al-Tahsil, jil. 6, him. 444; al-Tamhid, jil. 2, hlm. 246; al-Um, jil. 2, hlm. 32; Takmilah al-Majmu` oleh al­Subki, jil. 10, hlm. 83; Mughni al-Muhtaj, jil. 2, hlm. 25 dan al-Mughni oieh Ibn Qudamah, jil. 6, him. 60)
Oleh sebab itu, merujuk kepada soalan saudara, telah berlaku dua riba yang haram sekali gus dalam transaksi sebagaimana con­toh yang saudara berikan di atas, termasuk satu lagi pengharaman yang lain. Ini disebab­kan oleh:
1.  Pembelian emas secara bayaran bertangguh, iaitu tidak dibayar secara tunai sepenuhnya ketika kontrak termeterai. Tatkala itu, berlakulah riba al-Nasiah.
    2.Emas tidak diserahkan serta-merta setelah kontrak dimeterai, padahal Nabi s.a.w. telah mewajibkan serahan bayaran dan terima emas berlaku serentak dalam transaksi sebegini. Rujuk hadis sahih Muslim dan lain-lain.
3. Pengharaman juga berlaku kerana wujud unsur penangguhan dalam se­rahan barang jualan dan bayaran. Ini dikenali sebagai "menjual dengan bayaran hutang dan serahan juga hutang" atau istilah Arabnya ialah "bai al-dayn bi aldayn".
Ia telah diharamkan melalui hadis yang jelas. Ibn Umar ba. berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang menjual secara baya­ran hutang dan serahan pula bertangguh."
Apa yang boleh dilakukan apabila transaksi tersebut telah tamat adalah dengan rnembetulkan kembali transaksinya dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Dengan hal ini, perlu diingatkan emas khususnya dalarn bentuk syiling emas dan jongkong emas tidak boleh sama sekali secara se­pakat ulama untuk dibeli secara bertangguh ataupun pos yang mana serahan emas hanya akan berlaku melebihi tiga hari dari tarikh kontrak.

-USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN